Perhatikan contoh ayat di bawah:
- Ah Seng sedang membaca buku cerita. ( "Ah Seng " ialah subjek yang menjadi judul ayat. "Buku cerita " ialah objek ayat).
- Pak Kassim menjual buah durian. ( " Pak Kassim " ialah subjek yang menjadi judul ayat. " buah durian" ialah objek ayat).
- Selva hendak memancing ikan di kolam itu. ( " Selva " ialah subjek yang menjadi judul ayat. "Ikan" ialah objek ayat.
2. Ayat aktif dapat ditukarkan menjadi ayat pasif. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek ayat sebagai unsur yang diterangkan.
Perhatikan contoh ayat di bawah:
- Buku cerita sedang dibaca oleh Ah Seng . ( " Buku Cerita " menjadi judul ayat. Kata kerja '' ''membaca'' diganti dengan perkataan 'dibaca'.
- Buah durian dijual oleh Pak Kassim. ( '' Buah durian" menjadi judul ayat. Kata kerja 'menjual' diganti dengan perkataan 'dipancing'.
- Ikan di kolam itu hendak dipancing oleh Selva. ( ''Ikan '' menjadi judul ayat. Kata kerja ''memancing" diganti dengan perkataan 'dipancing'.