Friday 9 December 2011

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

1. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai judul ayat.
Perhatikan contoh ayat di bawah:

  • Ah Seng sedang membaca buku cerita. ( "Ah Seng " ialah subjek yang menjadi judul ayat. "Buku cerita " ialah objek ayat).
  • Pak Kassim menjual buah durian. ( " Pak Kassim " ialah subjek yang menjadi judul ayat. " buah durian" ialah objek ayat).
  • Selva hendak memancing ikan di kolam itu. ( " Selva " ialah subjek yang menjadi judul ayat. "Ikan" ialah objek ayat.
2. Ayat aktif dapat ditukarkan menjadi ayat pasif. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek ayat sebagai unsur yang diterangkan.
Perhatikan contoh ayat di bawah:

  • Buku cerita sedang dibaca oleh Ah Seng . ( " Buku Cerita " menjadi judul ayat. Kata kerja '' ''membaca'' diganti dengan perkataan 'dibaca'.
  • Buah durian dijual oleh Pak Kassim. ( '' Buah durian" menjadi judul ayat. Kata kerja 'menjual' diganti dengan perkataan 'dipancing'.
  • Ikan di kolam itu hendak dipancing oleh Selva. ( ''Ikan '' menjadi judul ayat. Kata kerja ''memancing" diganti dengan perkataan 'dipancing'.

Friday 25 November 2011

Kata Kerja Tak Transitif

  • Kata kerja yang berdiri sendiri tanpa objek binaan sesuatu ayat dan sudah sempurna maknanya.
  • Kata kerja tak transitif dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu bentuk kata tunggal dan bentuk kata berimbuhan. Imbuhan yang terdapat pada kata kerja tak transitif ialah ber, men, ter,ber....an,ber....kan dan sebagainya.
  • Kata kerja tak transitif juga dapat ditentukan dengan menyoal mana atau bagaimana selepas kata kerja dibina.
  • Contoh ayat kata kerja tak transitif ialah:
  1. Api kebakaran itu masih menyala.
  2. Pak Ali sedang terbaring di atas katil.
  3. Abang dan kawan-kawannya mengejar pencuri itu.
  4. Pada hujung minggu yang lepas, kami berkelah di tepi tasik.

PEMBENTUKAN KATA KERJA

Kata Kerja Tunggal
  • Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan.
  • Kebanyakan kata kerja tunggal bersifat tak transitif.
  • Contoh-gagal, jaga,lahir,mara,tidur, makan,datang,ada,terbang, balik
Contoh ayat:
  1. Norma lahir di Terengganu.
  2. Ayah saya belum datang lagi.
  3. Raju gagal dalam peperiksaan.

Kata Kerja Terbitan
  • Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan.
  • Contoh - masak-memasak, sinar-menyinar, duduk menduduki

Contoh ayat:
  1. Malik menendang bola ke pintu gol.
  2. Nadia bersembunyi di bawah katil.
  3. Padi menguning di sawah.

Thursday 24 November 2011

Kata Kerja Transitif

  • Kata kerja yang tidak dapat berdiri sendiri dalam binaan sesuatu ayat dan memerlukan objek untuk menyokongnya.
  • Ia memerlukan objek penyambut yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama.
  • Contoh ayat yang mengandungi kata kerja transitif:
  • Pak Ali menebas rumput belakang rumahnya.
  • Menebas dalam ayat di atas adalah kata kerja transitif yang memerlukan kehadiran penyambut atau objek.
  • Objek dalam ayat di atas ialah rumput yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.
  • Jenis-jenis kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  • Kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
  • Contoh kata kerja transitif aktif ialah menjahit, memukul , menanam dan sebagainya.
  • Contoh ayat: Ayah memukul ular itu.
  • Contoh kata kerja transitif pasif ialah kata kerjanya menerima imbuhan " di-". Contohnya dijahit, dipukul, ditanam dan sebagainya.
  • Contoh ayat: Ular itu dipukul oleh ayah.

Tuesday 22 November 2011

Kata Kerja

  • Kata kerja digunakan untuk menunjukkan sesuatu perlakuan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
  • Kata kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain ( kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan ).
  • Contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja adalah:
1. Bayi itu menangis kerana tidak dapat minum susu.




2. Abang sedang bermain bola sepak dengan kawan-kawannya di padang.
















3. Ibu sedang menjahit baju yang ditempah oleh Puan Aina.















4. Abang suka membaca buku pada masa lapang.
















5. Aiman sedang makan di kedai Pak Mat.

Thursday 3 November 2011

Kata Sererti, Kata Berlawan Maksud

1. Kata seerti ( sinonim ) ialah kata yang sama atau hampir sama maksudnya. Kadang-kadang kata yang seserti ini boleh digunakan dalam ayat yang sama.

2. Perkataan yang berwarna dalam contoh berikut boleh diganti dengan perkataan lain ( di dalam kurungan ) tanpa mengubah maksudnya. Kadang-kadang, ada lebih daripada kata yang seerti. Perhatikan contoh dalam ayat.

( a ) Tuan tanah menggunakan hamba untuk mergerjakan tanah mereka. ( abdi )

( b ) Sekarang kita berada dalam abad ke-21. ( kurun )

( c ) Pak Tam amat sedih dengan kejadian itu. ( pilu/ hiba )

( d ) Karim mengajak kami ke majlis hari jadinya. ( menjemput / mempelawa ).

3. Kata berlawanan bermaksud ( antonim) ialah kata yang bertentangan maksudnya. Misalnya:

  • ada lawan tiada
  • baru lawan lama
  • besar lawan kecil
  • luas lawan sempit
  • sulung lawan bongsu

Kata Majmuk


Kata majmuk ialah gandingan dua atau lebih perkataan yang membawa maksud tertentu. Antara contoh kata majmuk adalah seperti berikut:
  • muka surat
  • taman bunga
  • guru besar
  • balai raya
  • orang ramai
  • air hujan
  • alat tulis
  • terima kasih
Kata majmuk dieja terpisah dan tidak boleh menerima sebarang sisipan. Contoh kata majmuk ialah:


1. CERMIN MATA











2. JAM TANGAN
















3. KAPAL TERBANG



Wednesday 2 November 2011

Pendekatan Pengajaran Tatabahasa

Pengajaran tatabahasa biasanya diajar secara tidak langsung. Aspek-aspek yang diajar oleh guru ketika menyampaikan pelajaran melalui bacaan atau karangan. Segala penerangan atau penjelasan dengan berpandukan contoh ayat dan perkataan. Pengajaran tatabahasa biasanya diajar bersama-sama dengan tajuk lain terutama dalam karangan, bacaan atau puisi. Antara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ialah:
  1. Guru hendaklah mengemukan contoh-contoh tatabahasa itu dalam situasi yang sesuai.
  2. Murid-murid diberi latihan dalam bentuk latih tubi untuk menguasai kemahiran tatabahasa yang diajar.
  3. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang mencukupi untuk memudahkan murid-murid memahami dan boleh menggunakan kemahiran serta aspek tatabahasa tersebut.
  4. Pendekatan ini juga menitikberatkan pengetahuan murid menggunakan aspek tatabahasa yang dipelajari itu dengan betul dan tepat.