- Kata kerja digunakan untuk menunjukkan sesuatu perlakuan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
- Kata kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain ( kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan ).
- Contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja adalah:
1. Bayi itu menangis kerana tidak dapat minum susu.
2. Abang sedang bermain bola sepak dengan kawan-kawannya di padang.

3. Ibu sedang menjahit baju yang ditempah oleh Puan Aina.

4. Abang suka membaca buku pada masa lapang.

5. Aiman sedang makan di kedai Pak Mat.
